Yeah. Betul ke Pejabat
tempat berpotensi untuk gemuk? Bebanan kerja membuatkan kita tertekan dan tidak
mustahil juga ketika anda menumpukan sepenuh perhatian dan tenaga yang banyak
pada pekerjaan yang dilakukan menyebabkan anda cepat merasa lapar. Dan ketika
korang merasa lapar, gula darah akan rendah menyebabkan anda tidak mampu
berfikir dengan baik. Bila tak mampu fikir dengan baik makan selera makan
yang membuak-buak mula timbul di fikiran.
Ketika inilah, anda akan berusaha mencari makanan atau snek untuk dikunyah. Wanitalah yang selalunya akan mengunyah lebih daripada dua kali sehari telah mengambil 192 kalori dalam setiap kali mengunyah. Hehe. Ini fakta dari National Health and Nutrition Examination Survey di Amerika. Bukan aku nya fakta tau. Ini sudah mengganggu program diet yang korang lakukan. Memang sedap mengunyah ni. Terutama kerepek pisang. Haha

4 SEBAB
BERAT BADAN KORANG MENINGKAT MENDADAK !!
Kajian oleh CareerBuilder menyatakan penyebab seseorang itu gemuk ketika berada
di pejabat. Antaranya ialah:
1. Makan Disebabkan Stress
1. Makan Disebabkan Stress
Menurut kajian yang dibuat mendapati 37% responden
mengatakan stress di tempat kerja adalah sebab utama berat badan meningkat
sehinggakan anda ingin mengambil makanan yang enak lagi berlemak.
Ketika stres, jangan sesekali terus mengambil kerepek kentang atau biskut. Sebaliknya, cubalah untuk menarik nafas dalam-dalam dan hembus secara perlahan-lahan sebanyak 5-10 kali. Jika ingin juga mengunyah, bawalah snek yang berkhasiat lagi sihat dari rumah seperti kacang atau buah-buahan tempatan..hehe. Jangan ko bawak durian musang king pulak lak..Nanti satu ofis berbau..Huhu

2. Kerap Makan Tengahari Di Luar
Ini yang selalu kita buat dan keluar dengan kawan-kawan
sepejabat betul tak. Sebanyak 20% responden mengatakan makan tengahari di luar
pejabat turut menambahkan berat badan. Ini kerana, kita tidak tahu pengolah
makanan dan berapa jumlah kalori dari makanan yang disediakan.
Oleh itu cara yang terbaik adalah membawa bekal dari rumah. Bukan sahaja sihat dan murah tetapi korang boleh menentukan bahan yang ingin dimasukkan dalam makanan. Pastikan juga bekal makanan yang dibawa dari rumah adalah berkhasiat dan kurang lemak.

3. Melewatkan Waktu Makan Malam
Ini selalu korang buatkan. Ala tak yah tipu la..Betul tak. Hasil
dari responden sebanyak 19% pekerja mengaku mereka kerap melewatkan waktu makan
kerana banyak kerja yang harus diselesaikan. Apabila lapar, korang lebih
cenderung untuk makan berlebihan. Selalunya lepas kerja lepak kedai mamak dengan
kawan-kawan berjam-jam lamanya pastu order roti canai dan teh tarik. Kan kan.
Untuk mencegahnya atau tidak sempat makan, sediakan yogurt, buah atau snek yang berisi campuran buah kering dan kacang. Makanlah seketika untuk mengalas perut dan supaya korang tidak makan dengan terlalu banyak.

4. Menyambut Sesuatu Yang Tiada Hadnya
Ni selalu jugak kita buat. Ketika korang dinaikkan pangkat
atau mendapat pekerjaan lain, korang lebih cenderung untuk meraikan rakan
dengan makanan yang enak dan berkalori tinggi seperti kek coklat, coklat, pizza atau
spegetti.
Bayangkan dalam sebulan ada 5-6 sambutan yang dilakukan, belum lagi dengan hidangan makanan yang enak. Ini boleh menambahkan kalori dalam badan korang. Untuk atasinya, korang boleh makan apa yang disediakan tetapi kurangkan jumlah pengambilan atau bahagikan bersama dengan kawan yang lain. Tapi kalau dah lapar balun je. Hehe

Mulakan Hidup Sihat Di Pejabat.
Sekiranya anda berada di pejabat, Ini adalah perkara yang paling sukar untuk menjalani hidup yang sihat.
Aktiviti yang padat membuatkan kita semua yang berkerjaya ini lebih senang
mengambil makanan segera lagi berlemak. Ini belum lagi termasuk, godaan snek
yang dihidangkan oleh kawan sekerja. Ingat!! Masih belum terlambat untuk anda
mengubah pola hidup yang lebih sihat.
Mulakan dari sekarang untuk kawal pemakanan agar kita dapat
hidup sihat. Malah anda boleh rujuk Panduan yang berguna ini untuk mendapat
berat badan yang ideal dengan pemakanan dan diet yang sihat >>> Teknik Kurus Diet Atkins
No comments:
Post a Comment