Friday, August 7, 2015

CARA AWESOME NAK BUAT BATERI LAPTOP TAHAN LAMA GILER



Selalunya ramai kawan aku yang merungut sebab bateri laptop yang diorang pakai tidak tahan lama. Kejap je pakai dah habis.Tension jugak dibuatnyakan. Jangan risau kawan-kawan, meh aku nak share sedikit kat korang tentang cara-cara nak bagi bateri laptop tu bertahan lama sehingga berbulan-bulan lamanya tanpa charge. Hehe gurau je...
  • Korang perlu setting dan elakkan guna ‘high performance’ dekat power setting sekiranya guna bateri.  
  • Pastikan kecerahan skrin perlu di adjust seminima mungkin sebabnya kalau skrin korang tu terlalu terang maka penggunaan bateri pun sangat kuat.
  • Kene pastikan dan jangan letak laptop diatas katil kerana laptop cepat panas dan dapat mengurangkan jangka hayat bateri.
  • Ni pun penting jugak iaitu jangan cucuk external hard disk, wireless mouse dan keyboard ketika laptop guna bateri.
  • Kalau korang ada duit lebih boleh la uprgrade RAM yang laju skit kerana RAM yang perlahan boleh menyumbang kepada penggunaan bateri yang lebih.
  • Korang mesti selalu pastikan kipas bawah laptop tu tidak kotor dan condongkan laptop sedikit untuk pengudaraan. Kalau laptop korang panas, kipas laptop korang akan berpusing dengan lebih laju dan akan menggunakan bateri lebih. So rajin-rajinkan uutuk mencuci kipas laptop ok.
  • Kalau dekat area tu ada plug atau ada power supply, lebih baik tanggalkan bateri dan sambungkan laptop ke power supply.
  • Yang ni selalu orang tak buat iaitu cucuk ke power supply bila dah keluar notification bateri nak habis. Sebab baki caj-caj elektrik yang masih banyak dalam bateri, jika dicaj akan menyebabkan bateri bengkak. So, bateri akan cepat rosak.
  • Perlu di ingatkan iaitu korang mesti tukar bateri baru untuk laptop setiap 20 bulan.
Tu je yang aku dapat tolong korang. Yang penting pandai jaga bateri laptop tu. Jangan main bedal je penggunaannya.

p/s : Maksimumkan Prestasi Jualan Online anda Sepantas Kilat !! Senjata Terunggul yang akan BURU Bakal Pembeli >>> Software Instant Retargeter


Monday, March 23, 2015

PETUA MUJARAB MERAWAT DEMAM DENGGI


Yeahhh..kesian pulak aku tengok anak sedara aku dok demam-demam tak kebah-kebah rupanya pegi hospital cek darah disahkan demam denggi. Patutla terasa lemah sendi-sendi.

Nyamuk Aedes + demam denggi. Bunyi tak seram mane pun. Ala nyamuk je pun..Sekali aku tampor mati nyamuk tu.hehe

Aah memang nyamuk je pun tapi sekali ko dah kene gigitannya pastu ko tersungkur layu ditasik madu..haha..lagu tuuu

Memang derita la aku tengok anak sedara aku tu..dok asik masuk air je dalam badan dia dan doktor ada cakap yang demam denggi ni tak ada ubatnya.

Jadi untuk kembali sihat, kita hanya bergantung pada sistem imun badan kita.
Tapi menurut kata kawan-kawan aku ada petua yang insyallah boleh merawat demam denggi ni tapi kene la sabar sikit dan petua ni  dapat mengembalikan dan membantu sistem imun kita menentang virus-virus denggi ni.

Korang nak tau ke tips-tips cepat sembuh dari demam denggi. InsyaAllah. Meh aku nak kongsi sikit. Hehe


MAKAN SUP KETAM YANG LAZAT-LAZAT
Cakap dekat mak korang nak makan sup ketam special lagi lazat. Hehe. Gerenti mak korang akan buatkan  korang. Yelakan anak dia dah sakitkan mesti dia turutkan sahaja kehendak anak dia.

Kenapa sup ketam boleh merawat demam denggi? Sepsis Ketam ni ada sejenis protein yang tinggi yang mampu membina semula platelet darah yang hilang waktu demam denggi. Tapi pastikan ketam dimasak sup semata-mata bukan buat gulai lemak cili api pulak atau masak 3 rase.Ngehngeh. 

InsyaAllah dengan makan sup ketam (isi ketam dengan kuah sup sekali), platelet darah akan kembali stabil dan normal. InsyaAllah pasti korang rase segar lepas makan sup ketam dan sihat.

Sponsor Ads
Buat Duit dengan Affiliate - Kitab Teknik SEO Merah Jambu Klik Sini
Rahsia Facebook Sebagai Lubuk Duit Kini Terbongkar !!! Klik Sini
Rahsia Buat Duit Dengan Main Instagram 1 jam Sehari! Klik Sini


MINUM JUS DAUN BETIK YANG BEST
Ni korang mesti kena buat. Insyallah pasti sembuh. Jus daun betik ni aku dah cuba, Perhhh memang aku tak larat nak minum sebab bau dan rasanya memang tak boleh diterima tekak. Tapi kalu korang nak sembuh jugak kenala tahan untuk minum. 

Untuk makluman korang jus daun betik segar didapati mempunyai kesan menambahkah sel darah kuning (platelet) pada pesakit demam denggi. Kajian juga menunjukkan bahawa ia selamat untuk diminum jika disediakan dengan cara yang betul dan bersih.  Cara nya buat jus daun betik ada di bawah ini :



BANYAKKAN PENGAMBILAN CECAIR
Kenapa aku cakap cecair dan bukannya air? Sebabnya nak bagitahu korang sebenarnya minum air masak sahaja tak bagus jugak. Korang kena ada gabungan air masak, air berisotonik macam 100 plus, sup, jus buah dan sebagainya. 


Ni bukan aku yang cakap tau. Ini doktor yang cakap masa anak sedara aku kene ambil darah dekat hospital hari tu. Ini adalah cara yang paling senang untuk menambah air dalam badan untuk menstabilkan suhu badan.

Hanya itu sahaja tips yang aku boleh kongsikan dekat korang. Harapnya tips-tips yang aku bagi dapat bagi manfaat pada korang semua. Yang paling utama adalah periksa kawasan rumah korang. Pasti kan tak ada tempat-tempat yang strategik untuk nyamuk aedes bertelur dan membiak. Mencegah lebih baik dari merawat. Pesanan khidmat masyarakat ini dibawa oleh aku.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...