Wednesday, March 11, 2015

8 TIPS CARA MUDAH BELAJAR BAHASA INGGERIS


Aku tau korang sering hadapi masalah dengan Bahasa Inggeris kan..Meh aku share 8 Tips Cara Mudah Nak Belajar Bahasa Inggeris..Memang mudah kalau korang amalkannya..

1. UPDATE STATUS KAT TIMELINE FACEBOOK GUNA BAHASA INGGERIS
Korang masa update status kat facebook tue, guna la Bahasa Inggeris sikit-sikit..Ala taip yang simple-simple je..Bukan nak berlagak ke ape ker..Tapi inilah cara untuk membantu korang untuk mengarang ayat dalam Bahasa Inggeris secara spontan..Macam super spontan..Hehe

2. SENTIASA CAKAP DEPAN CERMIN 
Yang ni korang kene praktis sorang-sorang kat rumah..Kalau korang praktis kat toilet sekolah atau kat ofis, orang cakap giler pulak sebab cakap sorang-sorang.. Caranya mudah sangat iaitu korang duduk depan cermin dalam bilik atau cermin kat toilet dan cakap la Bahasa Inggeris sorang-sorang..Ni bukan buang tabiat tapi ni cara untuk melatih korang untuk berkomunikasi di hadapan orang lain. Nanti takde la tersasul nak sebut..Ngehngeh

3. SELALU LA TULIS VOCABULARY
Yang ni cukup mudah..Ambil kertas dan tulis tajuk yang korang pilih sendiri atau suka..Nak best korang praktis ayat cinta yang jiwang.. Contoh : “I love my wife more than everything in this world” . Tulis seberapa banyak vocabulary yang berkaitan secara konsisten

4. KENE RAJIN BACA SURAT KHABAR BAHASA INGGERIS
Korang kenela rajin-rajin la baca surat khabar dalam Bahasa Inggeris seperti The Star, New Strait Times atau majalah seperti Reader's Digest..Kalau ada ayat yang tak faham, boleh rujuk kamus.

5. SELALU GUNA KAMUS
Ni korang kene rajin skit..Bila membaca ayat inggeris mesti de ayat yang korang tak faham kan so kenela buka kamus. Kalau korang malas nak bukak kamus yang tebal tu, install je dekat handphone korang lagi senang. Jumpa je perkataan yang tak faham terus boleh check makna dan hafal.

6. BELAJAR GRAMMAR BUDAK SEKOLAH RENDAH  
Speaking tanpa guna grammar yang betul boleh tunggang langgang ayat. Kalau korang takde basic grammar lagi aku suggest cari buku grammar budak sekolah rendah sebab mudah faham. Kalau ada orang tanya nape baca buku budak sekolah rendah cakap la “Oh…Saya tengah baca ni untuk ajar anak jiran saya….” Sambil menunjukkan muka confident..Kahkahkah..Eksen kene ada bro. 

7. KENE SELALU TENGOK ENGLISH MOVIE  
Kalau korang suka tengok English Movie, ambik remote astro dan terus tukar sari kata dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris. Sambil tengok movie tu korang pun boleh belajar cara nak sebut perkataan dengan betul. Mula-mula memang pening..Nanti dah lama-lama akan faham juga.

8. CUBA BUAT ENTRI DALAM BAHASA INGGERIS
Cuba la buat satu dua entri dalam Bahasa Inggeris. Jangan fikir kalau buat entri English, mungkin takde orang nak baca. Kalau entri korang tulis tu menarik, comfirm ada orang akan baca jugak. Buat ayat sendiri dalam Bahasa Inggeris, no copy paste ye. Kalau ada yang silap, jangan malu, bukannya jumpa face to face pun..Maybe ada orang lain yang sudi betulkan yang salah.

Sekarang ni kita perlu menguasai Bahasa Inggeris..Yela senang kalau pergi oversea takkan pulak nak cakap Bahasa Melayu lak dengan dia orangkan..Comfirm tak faham..Jadi ambil inisiatif untuk belajar Bahasa Inggeris sama ada pergi ke kelas, kursus atau sebagainya.

Cuma aku nak share dengan korang ade buku yang aku rase mudah sangat untuk korang belajar Bahasa Inggeris dan mudah di fahami dan cuba tengok kat website ni >>> 8 TIPS CARA MUDAH BELAJAR BAHASA INGGERIS
 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...