Oh ye. Selalunya kita mahukan semua benda yang baru dan
membuatkan kita puashati untuk membelinya.
Sekiranya korang ada budget ciput tetapi mahu beli laptop
juga, aku sarankan korang baca baca tips Membeli Laptop Terpakai ini. Yela laptop sekarang ni jadi keperluan
terutama student dan juga yang bekerja bagi menyiapkan kerja atau siapkan assignment.
Mesti kita terfikirkan. Elok ke beli barang terpakai ini.
Untuk makluman korang tak semestinya barang terpakai tidak elok. Cuma anda
perlu buat pemerhatian yang detail sebelum membeli laptop terpakai ini. Jadi
kerja sikit la, kerana kene banyak benda yang kene belek..hehe..Tapi bila dah
sume ok condition laptop tu. Mesti berbaloi kalau korang dah dapat apa yang korang
hendak. Duit pun dapat dijimatkan betul tak.
Membeli laptop terpakai boleh menjadi pilihan menarik.
Misalnya, anda ingin menjimat wang atau sekadar membelikan laptop bagi anak
agar celik komputer. Apa pun alasannya, berikut beberapa tips membeli laptop
terpakai dan berkualiti :-
1. PERHATIKAN BETUL-BETUL BENTUK FIZIKAL LAPTOP TERPAKAI
Casis
Lihat dengan teliti keadaan casis laptop bagi menentukan apakah laptop terpakai
tersebut dijaga dengan baik atau tidak. Perhatikan baik-baik seluruh casis
laptop sehingga anda tak menyesal di kemudian hari kerana tak memeriksa
kerosakan casis laptop yang ada dengan teliti.
Paparan Screen Laptop
Ini yang paling penting paparan LCD laptop adalah salah satu komponen paling
mahal. Oleh itu, pastikan paparan laptop tersebut ada kualitinya dan masih
mampu memberi paparan yang baik.
Keyboard dan Touchpad
Pastikan keyboard dan touchpad laptop masih berfungsi dengan baik. Apapun test
dulu untuk menekan semua huruf/simbol pada keyboard untuk memastikan semua
berfungsi apabila ditekan. Ini kerana mengganti keyboard dan touchpad, selain
lebih mahal, ia juga tak semudah mengantikannya seperti di desktop.
2. PERHATIKAN DENGAN TELITI DAN CERMAT KOMPONEN DALAM LAPTOP
Prossesor
Buat masa ini, sebaiknya anda membeli laptop terpakai yang menggunakan prossesor
yang paling minimal Intel Core2Duo @ 3.0 GHz. Prossesor ini masih mampu
menjalankan sistem operasi modern seperti Windows 7 dengan cukup baik.
Memori
Harga Memori RAM biasanya murah sekarang. Teliti kapasiti RAM dan periksa
apakah boleh diupgrade dengan mudah jika suatu ketika anda menginginkannya.
Disarankan agar laptop mempunyai kapasiti RAM minimal 2Gb.
Kapasiti Harddisk
Laptop lama mungkin hanya mempunyai kapasiti harddisk minima atau maksima 50 GB.
Tentukan kapasiti yang memenuhi keperluan anda dalam menyimpan data.
Bateri Laptop
Bateri laptop terpakai biasanya lemah. Pertimbangkan apakah anda memerlukan
bateri baru. Jika misalnya laptop hanya dipakai di rumah, Anda mungkin tak
perlu membeli bateri baru dan boleh menggunakan tenaga elektrik di rumah saja.
3. SPESIFIKASI LAPTOP YANG ANDA MAHUKAN UNTUK KEGUNAAN APA?
Ini adalah penting. Tanyakan pada diri korang, apakah perlu membeli laptop
terpakai? Apakah laptop terpakai tersebut boleh bertahan cukup lama atau
sebaiknya anda menunggu waktu untuk membeli yang baru? Ingat, harga laptop baru
makin menurun seiring perkembangan teknologi. Namun jika anda sudah bersedia untuk membeli
laptop terpakai setelah mempertimbangkan berbagai untung rugi, lakukan saja.
Yang penting ada pandai untuk menilai yang mane yang lebih baik serta
menguntungkan anda kemudian hari.
Kalau korang dah de laptop bolehla wat website atau kedai online. Ala mudah je nak buatnya sebab dah de step by step. Boleh tengok kat website ini >>>Pakej Lengkap Buat Kedai Online
No comments:
Post a Comment