Ya. Meh aku kongsikan dengan
korang amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan
rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Aku tau korang mesti dah selalu baca
tentang amalan murah rezeki kan.
Jadi meh kita kaji semula kenapa kita
kadang-kadang susah sangat nak dapat rezeki yang berlipat kali ganda. Usaha dah
macam-macam dah tapi rezeki tak dating-datang jugak.
Jom kita kaji tentang konsep rezeki yang telah
diperkatakan. Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi
rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan
akhirat. Di antaranya cara mudah untuk mendapat rezeki adalah dengan cara
berikut:
1. MENYEMPATKAN DIRI UNTUK MELAKUKAN SOLAT
Seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:“Wahai anak
Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan
menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu
dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi,
Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya,
jadi ambil kesempatan untuk melakukan ibadah supaya rezeki mudah masuk kedalam
kehidupan kita.
2. MEMPERBANYAK ISTIGHFAR UNTUK HAPUS DOSA
Dengan boleh menghapuskan dosa-dosa yang kita buat.
Mungkin dosa yangada pada kita menyebabkan rezeki tak singgah dalam kehidupan
kita. Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan
Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh ka ih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia
berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa yang
memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya,
menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yan g tidak
disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-N as a’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari
A bd ullah bin Abb as r.a.)
3. BERBAKTI DAN MENDOAKAN IBU BAPA KITA
Ini yang paling penting. Walaupun gaji kita kecik
atleast kene bagi jugak kat ibu bapa kita. Doa ibu bapa adalah kunci untuk
rezeki masuk dalam kehidupan kita. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah
s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya,
hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti
kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan
umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan
al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa
kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.”
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
4. BERBUAT BAIK DAN MENOLONG ORANG YANG LEMAH
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini
termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan
fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi
s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan
kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
5. TUNAIKAN HAJAT ORANG LAIN YANG ADA MASALAH
Seperti contoh, kawan kita ade masalah duit jadi
kita hulurkan sedikit untuk meringankan beban dia. Menunaikan hajat orang
menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri,
seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka
Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
6. BANYAKKAN BERSELAWAT KEATAS NABI
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat
atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,
kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya
semua hajat. Wallahu a’lam.
7. SERING MELAKUKAN SOLAT MALAM (TAHAJUD)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud
memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan
dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.
8. CARI MASA UNTUK UNTUK SOLAT DHUHA
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang
sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.
Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali
engkau mal as mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat
Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya."
(Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
9. BERIKHTIAR SEHABISNYA DAN SETERUSNYA
BERTAWAKAL
Siapa berusaha, dia akan dapat. Pasti akan dapat.
Yang penting jangan putus asa. Selebihnya bertawakal kepada Allah.
Kita sebagai insan yang beriman kepada Allah,
tentulah, kita perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki
dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat
anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya
pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia
sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yan g haram, dan
sebagainya.
AMALAN SEMUA TIPS DI ATAS
Kesemua yang disebut diatas adalah amalan-amalan
yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari
segala perkara yan g menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak
terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih
sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya
dengan pemberian-Nya. Selain itu luangkan masa untuk membaca buku-buku ilmiah
untuk membuka ruang dan dapat dimurahkan rezeki seperti dalam web
ini >>> Formula Dan Amalan Ajaib Untuk Murah Rezeki
1 lg rahsia murah rezki yg paling power ialah bersedekah.
ReplyDeleteBagus Ashadee. Nanti leh kongsi pengalaman buat duit ngan Ashadee lak ^__^