Ni aku nak share dengan korang
cara nak tingkatkan komen di blog korang.
Walaupun blog aku takde la banyak
sangat komen tapi dengan tips yang aku bagi ni atleast boleh bantu korang untuk
tingkatkan komen di blog korang.
Bila komen banyak, blog korang
jadi famous amous, bila dah famous ramai pelawat yang kunjungi blog korang,
bila dah ramai dan trafik dah banyak, maka korang akan dapat duit melalui iklan
yang korang publish atau sumber-sumber lain.
Meh aku share tips dan cara sempoi tingkatkan komen di blog
1. GALAKKAN PERBINCANGAN
Dalam entry blog yang korang
tulis, pastikan ada satu perenggan yang invite visitor korang untuk discuss isu
artikel tersebut supaya pembaca blog akan terasa untuk menyumbangkan pandangan
atau komen di artikel tersebut. Cuba cari idea and gunakan ayat yang gempak
supaya pembaca excited untuk memberi komen dan pandangan terhadap
artikel tersebut.
2. KUNJUNGI BLOG ORANG LAIN/
BLOGWALKING
Yang ni paling senang punya kerja.
Yang ni kene rajin buat. Kalau korang nak orang datang bagi komen kat blog
korang, korang mestilah melakukan blogwalking dan bagi komen kat blog orang
lain jugak. Kena ada give and take lah. Jangan nak harapkan orang lain je bagi
komen kat website korang ke padahal korang tak pernah nak visit dan bagi komen
website orang lain.
3. BAGI RESPON KOMEN YANG MANTAP
Kene ambil action yang cepat
untuk jawap komen orang lain. Kalau dah pembaca blog tu tanya soalan yang
panjang lebar, jangan lah korang response skit je macam nak tak nak. Sekurang-
kurang jawablah yang terbaik dan yang betul untuk bagi jawapan terhadap
persoalan yang ditanya. Barulah orang respek kan.
4. BAGI PERHARGAAN TERHADAP
SETIAP KOMEN
Korang kenela menghargai setiap komen yang diberikan, oleh
itu setiap komen akan dibalas dengan disusuli sebagai tanda terima kasih.
Korang kene buat manually benda ni tapi mungkin jenuh kot. Insyallah impaknya besar.
5. BAGI INSENTIF KEPADA SELALU
YANG KOMEN DI BLOG KORANG
Ni bukan nak bagi duit atau
hadiah fizikal ni. Cuma, nak bagi insentif kepada orang-orang yang rajin komen
ni. Camner caranya? Korang boleh bagi pembaca korang
some page rank dengan provide ‘do follow’ links kat komen korang.
6. KORANG KENA BUAT CONTEST ATAU
BAGI UPAH
Buat sesuatu yang orang lain tak
pernah terfikir nak buat untuk menaikkan jumlah komen. Maybe korang boleh buat
contest ke untuk generate komen dan offer hadiah. Mungkin korang boleh bagi
hadiah buku kepada komen atau yang paling best bagi upah duit.Hehe. Just buat
something yang different dan exciting.
Insyallah, Pasti korang dapat impak selepas praktikkan
sume tips di atas.
Hah bagi yang baru nak mula buat blog tu. Aku cadangkan korang tengok video mudah ni >>> Video Pantas Buat Blog Dalam Masa 24 Jam
2 & 3 hanya buat waktu free shj. Penjawat awam mana boleh 24 jam belek blog. Etika kerja kna jaga... Yang lain2 semua dah buat. Namun tak semua akan balas balik unjungan dan komen kita. Ramainya adalh silent reader dan En./Cik Anon yg komen spam. Berbloging untuk enjoy dan tiada paksaan. Buat sekadar termampu. Happy blogging ^__^
ReplyDelete