Anda & keluarga mesti suka
melancong atau balik kampung dengan menaiki kapal terbang “flight” kan . Sudah
tentu anda salah seorang yang sentiasa tertunggu-tunggu untuk mendapatkan tiket
penerbangan yang murah. Dengan tiket yang murah, anda boleh berjimat dengan
banyaknya, jika anda tahu trick atau cara untuk mendapatkan harga tiket flight yang
murah. Entri kali ini saya coretkan untuk memberi panduan kepada anda bagaimana
untuk mendapatkan tiket mampu dibeli serta murah.
Anda Perlu Beli Tiket Flight
Ketika Promosi
Ya betul, setiap tahun syarikat
penerbangan tempatan seperti MAS, Air Asia, Malindo dan Fire Fly semestinya
akan membuat promosi yang giler-giler untuk pelanggannya. Jadi ambil kesempatan
tersebut untuk dapatkan tiket murah. Promosi yang dibuat biasanya sangat
berbaloi kepada anda.
Beli Tiket Lebih Awal
Beli tiket lebih awal atau dalam
kata lain rancang perjalanan flight anda untuk ke destinasi yang ingin dituju
lebih awal. Jika anda mahu melancong pada bulan akan datang, mulalah membeli
dari sekarang kerana membeli tiket penerbangan lebih awal kebiasaannya lebih
murah. Biasanya, harga lebih murah mengikut hari dan waktu.
Perlu Daftar Jadi Ahli
Jika anda seorang yang kerap
melancong, anda mungkin perlu daftar menjadi ahli supaya mendapat beberapa
kemudahan. BIG Loyalty Programme merupakan salah satu program ganjaran buat
anda yang setia bersama Air Asia. Pasti berbaloi untuk anda !! Mungkin anda
boleh dapat tiket percuma !
Perlu Rajin Membuat Perbandingan Harga
Anda perlu rajinkan diri untuk membuat
perbandingan syarikat mana yang ada membuat promosi terutamanya sempena
hari-hari tertentu seperti hujung tahun dan perayaan. Kekerapan anda buat
perbandingan, potensi untuk anda dapat tiket murah adalah 90%.
Perlu Tahu Promosi Destinasi Yang
Dituju
Anda perlu mengetahui tempat
percutian yang dituju sama ada destinasi tersebut ada membuat promosi
penerbangan atau tidak. Sebagai contoh, jika anda mahu ke Jepun, maka lebih
baik anda fokus untuk mencari promosi ke tempat sana.
Jika anda kerap melancong dan
ingin tahu trick yang senang untuk dapat tiket murah..
Tunggu apa lagi, Download trick
di sini >>> TRICK & TIPS BELI TIKET FLIGHT MURAH
No comments:
Post a Comment