Yeahhh..kesian pulak aku tengok anak sedara aku dok
demam-demam tak kebah-kebah rupanya pegi hospital cek darah disahkan demam
denggi. Patutla terasa lemah sendi-sendi.
Nyamuk Aedes + demam denggi. Bunyi tak seram mane pun. Ala
nyamuk je pun..Sekali aku tampor mati nyamuk tu.hehe
Aah memang nyamuk je pun tapi sekali ko dah kene gigitannya
pastu ko tersungkur layu ditasik madu..haha..lagu tuuu
Memang derita la aku tengok anak sedara aku tu..dok asik
masuk air je dalam badan dia dan doktor ada cakap yang demam denggi ni tak ada
ubatnya.
Jadi untuk kembali sihat, kita hanya bergantung pada sistem
imun badan kita.
Tapi menurut kata kawan-kawan aku ada petua yang insyallah
boleh merawat demam denggi ni tapi kene la sabar sikit dan petua ni dapat
mengembalikan dan membantu sistem imun kita menentang virus-virus denggi ni.
Korang nak tau ke tips-tips cepat sembuh dari demam denggi.
InsyaAllah. Meh aku nak kongsi sikit. Hehe
MAKAN SUP KETAM YANG LAZAT-LAZAT
Cakap dekat mak korang nak makan sup ketam special lagi
lazat. Hehe. Gerenti mak korang akan buatkan korang. Yelakan anak dia dah sakitkan mesti
dia turutkan sahaja kehendak anak dia.
Kenapa sup ketam boleh merawat demam denggi? Sepsis Ketam ni
ada sejenis protein yang tinggi yang mampu membina semula platelet darah yang
hilang waktu demam denggi. Tapi pastikan ketam dimasak sup semata-mata bukan
buat gulai lemak cili api pulak atau masak 3 rase.Ngehngeh.
InsyaAllah dengan
makan sup ketam (isi ketam dengan kuah sup sekali), platelet darah akan kembali
stabil dan normal. InsyaAllah pasti korang rase segar lepas makan sup ketam dan sihat.
Sponsor Ads
Buat Duit dengan Affiliate - Kitab Teknik SEO Merah Jambu Klik Sini
Rahsia Facebook Sebagai Lubuk Duit Kini Terbongkar !!! Klik Sini
Rahsia Buat Duit Dengan Main Instagram 1 jam Sehari! Klik Sini
MINUM JUS DAUN BETIK YANG BEST
Ni korang mesti kena buat. Insyallah pasti sembuh. Jus daun betik
ni aku dah cuba, Perhhh memang aku tak larat nak minum sebab bau dan rasanya
memang tak boleh diterima tekak. Tapi kalu korang nak sembuh jugak kenala tahan
untuk minum.
Untuk makluman korang jus daun betik segar didapati mempunyai
kesan menambahkah sel darah kuning (platelet) pada pesakit demam denggi. Kajian
juga menunjukkan bahawa ia selamat untuk diminum jika disediakan dengan cara
yang betul dan bersih. Cara nya buat jus
daun betik ada di bawah ini :
BANYAKKAN PENGAMBILAN CECAIR
Kenapa aku cakap cecair dan bukannya air? Sebabnya nak
bagitahu korang sebenarnya minum air masak sahaja tak bagus jugak. Korang kena
ada gabungan air masak, air berisotonik macam 100 plus, sup, jus buah dan
sebagainya.
Hanya itu sahaja tips yang aku boleh kongsikan dekat korang.
Harapnya tips-tips yang aku bagi dapat bagi manfaat pada korang semua. Yang
paling utama adalah periksa kawasan rumah korang. Pasti kan tak ada
tempat-tempat yang strategik untuk nyamuk aedes bertelur dan membiak. Mencegah
lebih baik dari merawat. Pesanan khidmat masyarakat ini dibawa oleh aku.
nice info berkaitan petua ni :-). Hapuskan tempat pembiakan Ades insyaAllah masalah denggi ni akan berkurang.
ReplyDeletebetul tu puan..mencegah lebih baik
Delete